Archive for the ‘Uncategorized’ Category

SEJARAH PENUBUHAN KUMPULAN SEARCH ~ LEGEND CONTINUES……….

kumpulan yang menjadi pujaan ramai dulu, kini dan selamanya......

SEARCH merupakan kumpulan penyanyi rock dari Malaysia. Kumpulan Search dianggotai oleh empat anak muda yang berasal dari Johor dan anggotanya terdiri daripada :-

SEARCH ditubuhkan oleh Yazit dan anggota asalnya terdiri daripada :-

1. Yazit (pemain drum)
2. Hillary Ang (gitar)
3. Nasir (bass)
4. Zainal (gitar dan penyanyi juga bekas ahli kumpulan Rampa).

Sejarah Awal

Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981, Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi. Kumpulan asal terdiri daripada Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg telah diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal telah digantikan oleh Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.

Amy, seorang “piano tuner” telah diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary.

Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudiannya telah meninggalkan kumpulan SEARCH dan tempat mereka telah digantikan oleh Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas Kumpulan Lefthanded.

Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan SEARCH menjadi ikutan para remaja dengan image artis berambut panjang dan pakaian yang menjolok mata telah menyebabkan pihak RTM bertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul dikaca TV.

Kumpulan SEARCH telah menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul “CINTA BUATAN MALAYSIA”. Album ini telah menjadi salah satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.

Man Kidal dan Yan kemudiannya telah meninggalkan Search untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan oleh Hillary dan Nasir. Search kemudiannya menghasilkan lagu-lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi.

Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary kemudiannya telah meninggalkan Search, digantikan oleh Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang.

Perancangan yang rapi oleh pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-SEARCH menjadikan kumpulan SEARCH begitu popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Kumpulan SEARCH juga telah bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama WINGS) dalam album Double Trouble yang diterbitkan oleh M.Nasir.

Apabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan oleh Yan. Yan sekali lagi meninggalkan SEARCH untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded sekali lagi. Tempatnya digantikan oleh Nasir

Fauzi kemudiannya menyertai Search sebagai bass, dan tidak lama kemudian Amy telah menarik diri. Search kemudiannya bergabung dengan Awie dan menghasilkan album “SEARCH & AWIE – Bikin Wilayah”. Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search untuk menghasilkan album “SEARCH, SELEPAS BANJIR”. Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar – bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam)

Album

1. Album pertama “CINTA BUATAN MALAYSIA” – 1985
2. Album kedua “LANGIT DAN BUMI” – 1986
3. Album ketiga “Mentari Merah Diufuk Timur” – 1987
4. Album kompilasi “Berpaling”
5. Album kompilasi “DI PINTU SEPI” -1988
6. “FENOMENA” – 1989
7. “KARISMA” – 1990
8. “SEARCH SEPULUH TAHUN”1991
9. “RAMPAGE” – 1992
10. “Double Trouble” gabungan dengan kumpulan Wings1992
11. “SEARCH TERBAIK”1994
12. “GEMA DI TIMUR JAUH” – 1995
13. SEARCH “Unplugged” – 1995
14. “SEARCH,ROCK N ROLL PIE” – 1997
15. “SEARCH ROCK N ROLL PIE, LIVE N LOUD”1997
16. “Double Trouble 2” gabungan dengan kumpulan Wings1998
17. “SEARCH & AWIE – Bikin Wilayah” – 1999
18. “SEARCH, SELEPAS BANJIR”2000
19. “EMPIRE GARDEN” (Lost Album, tidak diedarkan, 2003)
20. “GOTHIK MALAM EDAN” 2006

Barisan pertama
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
“Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat”.
Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka b umi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka”.
 
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah “mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.” Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
 
 
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking “mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
 
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut “Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
 
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
 
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
 
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
 
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan z ina . Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah “tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.
 
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
 
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
 
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
 
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bers ina r2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T”
 
 
BACALAH YASSIN
 
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
 
Untuk renungan semua,
 
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambilberkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk – numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
 
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Bujang Senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Sungai  Batang Lupar di Sri Aman.

Legenda yang akhirnya diikuti oleh Bujang Sbalak

SERANGAN buaya terkini yang dilaporkan di Sarawak sejak akhir-akhir ini adalah satu tragedi yang biasa berlaku   sejak 1940-an lagi.   Sarawak bumi Kenyalang terkenal dengan keganasan buayanya  sejak serangan yang terakhir Bujang Senang pada tahun 1992 yang menjadi lipatan sejarah Sarawak.   Kemunculan buaya pemangsa terbaru, Bujang Seblak mengikut mentornya yang terdahulu iaitu Bujang Senang , Bujang Samarahan dan Bujang Tisak adalah seekor buaya gergasi hitam yang kini dipercayai masih menganas dan terus memburu mangsanya di sepanjang Sungai Seblak.  Memandangkan tiada maklumat terperinci tentang Bujang Seblak ini maka ada lebih baiknya kita meneropong kembali sejarah kehebatan buaya terdahulu iaitu Bujang Senang sekiranya  kita ingin mengetahui lebih mendalam tentang Bujang Seblak yang kini telah membunuh 3 orang sejak tahun 2007.

Mungkinkah Bujang Senang masih hidup lagi dan menjadi sebesar ini ......

Ketika Bujang Senang menganas dahulu, pelbagai versi cerita tentang buaya ini  boleh kita dengar dari pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak pada masa itu.  Itulah Bujang Senang.  Saya masih ingat lagi pada tahun penghujung tahun 1984 sewaktu saya pada masa itu berumur 12 tahun bersama-sama dengan adik-beradik saya yang lain menaiki kapal Rajah Mas dari Kuching ke Sarikei kerana mengikuti ayah saya berpindah ke sana. Untuk makluman menaiki Rajah Mas ke Sarikei mengambil masa 12 jam untuk sampaii ke destinasi dengan bayaran RM10.00 setiap orang.  Apabila cerita tentang kehebatan Bujang Senang ini disampaikan kepada saya sedikit sebanyak  telah mengerunkan jiwa saya  kerana diberitahu buaya ini adalah sebesar sebuah bas express dan sekiranya ia mahu ia boleh melibas Rajah Mas dengan ekornya sahaja dan memakan semua isi di dalam Rajah Mas ketika itu.   Ia juga digambarkan mempunyai sepasang mata yang besar dan merah menyala dan boleh dilihat 1 kilometer jauhnya. Perjalanan yang jauh ini diselubungi dengan cerita Bujang Senang menyembabkan saya tidak dapat tidur lena sehinggalah saya sampai ke destinasi.

Legenda Bujang Senang yang cuba dikuti kembali oleh Bujang Seblak mempunyai cerita yang pelbagai versi bagi mencantikkan kehebatannya.  Terdapat mitologi Iban mengenai Bujang Senang. Ia dikatakan jelmaan  dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Simalungun, mengikut cerita dair orang-orang lama,  Simalungun  telah dibunuh  dan seterusnya   menjadi gergasi legenda buaya putih yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman Sarawak.  Sejak dari hari itulah dia telah bersumpah bahawa dia akan mengganas semua keturunannya.  Adalah dipercayai Simalungun aka Bujang Senang ini telah menganas  sejak  50 tahun (1941-1992) sebelum menemui ajalnya.   Bujang Senang adalah dari spesis CROCODYLUS POROSUS berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakangnya.  Adalah dipercayai  lebih kurang 100 orang telah jatuh ditangannya sepanjang beliau bermaharajalela di Batang Lupar.  Mangsa terakhirnya  pada 22 mei 1992, seorang gadis Iban, Dayang anak Bayang dibunuh  di Sungai Pelaban , satu lagi anak sungai Batang Lupar  berhampiran Lingga di Bahagian Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang kemudiannya menjadi legenda  telah ditembak mati oleh beberapa penembak tepat  polis dan pemburu Iban selepas meburunya selama  empat jam.  Ia adalah buaya yang terbesar dan tertua yang pernah ditangkap di kawasan itu. Tulang rahang Bujang Senang telah disimpan di Jong Crocodile, Miri Sarawak.

Adakah Bujang Senang masih lagi hidup seperti yang dipercayai oleh orang-orang lama disepanjang Batang Lupar

Cerita awal tentang keganasan Bujang Senang ini bermula pada tahun 1982 sewaktu saya masih darjah 4 di SRB ST. Joseph Kuching apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak.   Pada masa itu, Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga, cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai.   Sepantas kilat, seekor buaya besar timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya.   Ketika itulah Kebir menyedari buaya itu mempunyai belang putih di belakangnya. Warna itu pula kelihatan berkilau-kilauan.  Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi cuma bahagian atas mayat lelaki itu ditemui.  Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan Operasi Buaya Ganas di semua sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.  Operasi itu gagal dan Bujang Senang terus mengganas. Di antara tahun 1982 hingga 1991, sebanyak 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang walaupun mengikut cerita yang tidak dapat disahkan ia telah  menganas sejak tahun 1941 lagi.

Kejatuhan Bujang Senang berlaku pada tahun 1992 dan saya masih ingat lagi  ketika itu saya berada di Kuching untuk mencari peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian saya di Institut Teknologi Mara Cawangan Sarawak tanpa segulung Diploma.

Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya.   Air Sungai Pelaban hanya sedalam separas pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan.  Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah si bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera.   Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.

Dengan tidak disangka, kelibat buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Dengan pantas bak pahlawan Iban di masa dulu, Mandau melemparkan lembing ke kepala buaya itu namun  lembing itu patah.  Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya.   Buaya itu lantas melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.   Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya.   Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter.  Akhirnya buaya itu menemui ajal dan bangkainyakemudian  diangkut ke rumah panjang yang mengambil mas empat jam perjalanan dari tempat kejadian.  Pada ketika itulah  barulah disedari di belakang buaya itu ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan.  Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang, selain timah dan tali nilon.  Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki).

Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja.  Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak.  Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk.  Itulah kali pertama saya berjumpa dengan buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya, imbau Johnson yang membuka Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi.  Katanya kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di sekitar Batang Lupar.

Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.

Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa.  Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino, ujarnya. Walauapa pun, masih ada lagi orang yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati.  Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar.  Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf.  Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka.

.