SEJARAH PENUBUHAN KUMPULAN SEARCH ~ LEGEND CONTINUES……….
SEARCH merupakan kumpulan penyanyi rock dari Malaysia. Kumpulan Search dianggotai oleh empat anak muda yang berasal dari Johor dan anggotanya terdiri daripada :-
SEARCH ditubuhkan oleh Yazit dan anggota asalnya terdiri daripada :-
1. Yazit (pemain drum)
2. Hillary Ang (gitar)
3. Nasir (bass)
4. Zainal (gitar dan penyanyi juga bekas ahli kumpulan Rampa).
Sejarah Awal
Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981, Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi. Kumpulan asal terdiri daripada Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg telah diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal telah digantikan oleh Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.
Amy, seorang “piano tuner” telah diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary.
Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudiannya telah meninggalkan kumpulan SEARCH dan tempat mereka telah digantikan oleh Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas Kumpulan Lefthanded.
Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan SEARCH menjadi ikutan para remaja dengan image artis berambut panjang dan pakaian yang menjolok mata telah menyebabkan pihak RTM bertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul dikaca TV.
Kumpulan SEARCH telah menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul “CINTA BUATAN MALAYSIA”. Album ini telah menjadi salah satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.
Man Kidal dan Yan kemudiannya telah meninggalkan Search untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan oleh Hillary dan Nasir. Search kemudiannya menghasilkan lagu-lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi.
Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary kemudiannya telah meninggalkan Search, digantikan oleh Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang.
Perancangan yang rapi oleh pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-SEARCH menjadikan kumpulan SEARCH begitu popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.
Kumpulan SEARCH juga telah bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama WINGS) dalam album Double Trouble yang diterbitkan oleh M.Nasir.
Apabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan oleh Yan. Yan sekali lagi meninggalkan SEARCH untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded sekali lagi. Tempatnya digantikan oleh Nasir
Fauzi kemudiannya menyertai Search sebagai bass, dan tidak lama kemudian Amy telah menarik diri. Search kemudiannya bergabung dengan Awie dan menghasilkan album “SEARCH & AWIE – Bikin Wilayah”. Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search untuk menghasilkan album “SEARCH, SELEPAS BANJIR”. Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar – bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam)
Album
1. Album pertama “CINTA BUATAN MALAYSIA” – 1985
2. Album kedua “LANGIT DAN BUMI” – 1986
3. Album ketiga “Mentari Merah Diufuk Timur” – 1987
4. Album kompilasi “Berpaling”
5. Album kompilasi “DI PINTU SEPI” -1988
6. “FENOMENA” – 1989
7. “KARISMA” – 1990
8. “SEARCH SEPULUH TAHUN”1991
9. “RAMPAGE” – 1992
10. “Double Trouble” gabungan dengan kumpulan Wings1992
11. “SEARCH TERBAIK”1994
12. “GEMA DI TIMUR JAUH” – 1995
13. SEARCH “Unplugged” – 1995
14. “SEARCH,ROCK N ROLL PIE” – 1997
15. “SEARCH ROCK N ROLL PIE, LIVE N LOUD”1997
16. “Double Trouble 2” gabungan dengan kumpulan Wings1998
17. “SEARCH & AWIE – Bikin Wilayah” – 1999
18. “SEARCH, SELEPAS BANJIR”2000
19. “EMPIRE GARDEN” (Lost Album, tidak diedarkan, 2003)
20. “GOTHIK MALAM EDAN” 2006
BUJANG SENANG ADAKAH SEKADAR MITOS ATAU KENYATAAN???
Posted: Oktober 6, 2011 in UncategorizedTag:buaya, cinta, ganas, mangsa, personal, rakyat, sarawak
Bujang Senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Sungai Batang Lupar di Sri Aman.
SERANGAN buaya terkini yang dilaporkan di Sarawak sejak akhir-akhir ini adalah satu tragedi yang biasa berlaku sejak 1940-an lagi. Sarawak bumi Kenyalang terkenal dengan keganasan buayanya sejak serangan yang terakhir Bujang Senang pada tahun 1992 yang menjadi lipatan sejarah Sarawak. Kemunculan buaya pemangsa terbaru, Bujang Seblak mengikut mentornya yang terdahulu iaitu Bujang Senang , Bujang Samarahan dan Bujang Tisak adalah seekor buaya gergasi hitam yang kini dipercayai masih menganas dan terus memburu mangsanya di sepanjang Sungai Seblak. Memandangkan tiada maklumat terperinci tentang Bujang Seblak ini maka ada lebih baiknya kita meneropong kembali sejarah kehebatan buaya terdahulu iaitu Bujang Senang sekiranya kita ingin mengetahui lebih mendalam tentang Bujang Seblak yang kini telah membunuh 3 orang sejak tahun 2007.
Ketika Bujang Senang menganas dahulu, pelbagai versi cerita tentang buaya ini boleh kita dengar dari pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak pada masa itu. Itulah Bujang Senang. Saya masih ingat lagi pada tahun penghujung tahun 1984 sewaktu saya pada masa itu berumur 12 tahun bersama-sama dengan adik-beradik saya yang lain menaiki kapal Rajah Mas dari Kuching ke Sarikei kerana mengikuti ayah saya berpindah ke sana. Untuk makluman menaiki Rajah Mas ke Sarikei mengambil masa 12 jam untuk sampaii ke destinasi dengan bayaran RM10.00 setiap orang. Apabila cerita tentang kehebatan Bujang Senang ini disampaikan kepada saya sedikit sebanyak telah mengerunkan jiwa saya kerana diberitahu buaya ini adalah sebesar sebuah bas express dan sekiranya ia mahu ia boleh melibas Rajah Mas dengan ekornya sahaja dan memakan semua isi di dalam Rajah Mas ketika itu. Ia juga digambarkan mempunyai sepasang mata yang besar dan merah menyala dan boleh dilihat 1 kilometer jauhnya. Perjalanan yang jauh ini diselubungi dengan cerita Bujang Senang menyembabkan saya tidak dapat tidur lena sehinggalah saya sampai ke destinasi.
Legenda Bujang Senang yang cuba dikuti kembali oleh Bujang Seblak mempunyai cerita yang pelbagai versi bagi mencantikkan kehebatannya. Terdapat mitologi Iban mengenai Bujang Senang. Ia dikatakan jelmaan dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Simalungun, mengikut cerita dair orang-orang lama, Simalungun telah dibunuh dan seterusnya menjadi gergasi legenda buaya putih yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman Sarawak. Sejak dari hari itulah dia telah bersumpah bahawa dia akan mengganas semua keturunannya. Adalah dipercayai Simalungun aka Bujang Senang ini telah menganas sejak 50 tahun (1941-1992) sebelum menemui ajalnya. Bujang Senang adalah dari spesis CROCODYLUS POROSUS berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakangnya. Adalah dipercayai lebih kurang 100 orang telah jatuh ditangannya sepanjang beliau bermaharajalela di Batang Lupar. Mangsa terakhirnya pada 22 mei 1992, seorang gadis Iban, Dayang anak Bayang dibunuh di Sungai Pelaban , satu lagi anak sungai Batang Lupar berhampiran Lingga di Bahagian Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang kemudiannya menjadi legenda telah ditembak mati oleh beberapa penembak tepat polis dan pemburu Iban selepas meburunya selama empat jam. Ia adalah buaya yang terbesar dan tertua yang pernah ditangkap di kawasan itu. Tulang rahang Bujang Senang telah disimpan di Jong Crocodile, Miri Sarawak.
Cerita awal tentang keganasan Bujang Senang ini bermula pada tahun 1982 sewaktu saya masih darjah 4 di SRB ST. Joseph Kuching apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak. Pada masa itu, Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga, cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai. Sepantas kilat, seekor buaya besar timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya. Ketika itulah Kebir menyedari buaya itu mempunyai belang putih di belakangnya. Warna itu pula kelihatan berkilau-kilauan. Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi cuma bahagian atas mayat lelaki itu ditemui. Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan Operasi Buaya Ganas di semua sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas. Operasi itu gagal dan Bujang Senang terus mengganas. Di antara tahun 1982 hingga 1991, sebanyak 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang walaupun mengikut cerita yang tidak dapat disahkan ia telah menganas sejak tahun 1941 lagi.
Kejatuhan Bujang Senang berlaku pada tahun 1992 dan saya masih ingat lagi ketika itu saya berada di Kuching untuk mencari peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian saya di Institut Teknologi Mara Cawangan Sarawak tanpa segulung Diploma.
Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya. Air Sungai Pelaban hanya sedalam separas pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan. Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah si bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera. Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.
Dengan tidak disangka, kelibat buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Dengan pantas bak pahlawan Iban di masa dulu, Mandau melemparkan lembing ke kepala buaya itu namun lembing itu patah. Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Buaya itu lantas melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban. Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter. Akhirnya buaya itu menemui ajal dan bangkainyakemudian diangkut ke rumah panjang yang mengambil mas empat jam perjalanan dari tempat kejadian. Pada ketika itulah barulah disedari di belakang buaya itu ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan. Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang, selain timah dan tali nilon. Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki).
Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja. Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak. Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk. Itulah kali pertama saya berjumpa dengan buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya, imbau Johnson yang membuka Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi. Katanya kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di sekitar Batang Lupar.
Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.
Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa. Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino, ujarnya. Walauapa pun, masih ada lagi orang yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati. Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar. Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf. Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka.
.