KONSERT FENOMENA SEARCH, BILA NAK BUAT DI SARAWAK????????

Posted: Oktober 22, 2011 in Uncategorized

SEJARAH PENUBUHAN KUMPULAN SEARCH ~ LEGEND CONTINUES……….

kumpulan yang menjadi pujaan ramai dulu, kini dan selamanya......

SEARCH merupakan kumpulan penyanyi rock dari Malaysia. Kumpulan Search dianggotai oleh empat anak muda yang berasal dari Johor dan anggotanya terdiri daripada :-

SEARCH ditubuhkan oleh Yazit dan anggota asalnya terdiri daripada :-

1. Yazit (pemain drum)
2. Hillary Ang (gitar)
3. Nasir (bass)
4. Zainal (gitar dan penyanyi juga bekas ahli kumpulan Rampa).

Sejarah Awal

Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981, Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi. Kumpulan asal terdiri daripada Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg telah diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal telah digantikan oleh Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.

Amy, seorang “piano tuner” telah diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary.

Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudiannya telah meninggalkan kumpulan SEARCH dan tempat mereka telah digantikan oleh Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas Kumpulan Lefthanded.

Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan SEARCH menjadi ikutan para remaja dengan image artis berambut panjang dan pakaian yang menjolok mata telah menyebabkan pihak RTM bertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul dikaca TV.

Kumpulan SEARCH telah menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul “CINTA BUATAN MALAYSIA”. Album ini telah menjadi salah satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.

Man Kidal dan Yan kemudiannya telah meninggalkan Search untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan oleh Hillary dan Nasir. Search kemudiannya menghasilkan lagu-lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi.

Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary kemudiannya telah meninggalkan Search, digantikan oleh Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang.

Perancangan yang rapi oleh pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-SEARCH menjadikan kumpulan SEARCH begitu popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Kumpulan SEARCH juga telah bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama WINGS) dalam album Double Trouble yang diterbitkan oleh M.Nasir.

Apabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan oleh Yan. Yan sekali lagi meninggalkan SEARCH untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded sekali lagi. Tempatnya digantikan oleh Nasir

Fauzi kemudiannya menyertai Search sebagai bass, dan tidak lama kemudian Amy telah menarik diri. Search kemudiannya bergabung dengan Awie dan menghasilkan album “SEARCH & AWIE – Bikin Wilayah”. Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search untuk menghasilkan album “SEARCH, SELEPAS BANJIR”. Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar – bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam)

Album

1. Album pertama “CINTA BUATAN MALAYSIA” – 1985
2. Album kedua “LANGIT DAN BUMI” – 1986
3. Album ketiga “Mentari Merah Diufuk Timur” – 1987
4. Album kompilasi “Berpaling”
5. Album kompilasi “DI PINTU SEPI” -1988
6. “FENOMENA” – 1989
7. “KARISMA” – 1990
8. “SEARCH SEPULUH TAHUN”1991
9. “RAMPAGE” – 1992
10. “Double Trouble” gabungan dengan kumpulan Wings1992
11. “SEARCH TERBAIK”1994
12. “GEMA DI TIMUR JAUH” – 1995
13. SEARCH “Unplugged” – 1995
14. “SEARCH,ROCK N ROLL PIE” – 1997
15. “SEARCH ROCK N ROLL PIE, LIVE N LOUD”1997
16. “Double Trouble 2” gabungan dengan kumpulan Wings1998
17. “SEARCH & AWIE – Bikin Wilayah” – 1999
18. “SEARCH, SELEPAS BANJIR”2000
19. “EMPIRE GARDEN” (Lost Album, tidak diedarkan, 2003)
20. “GOTHIK MALAM EDAN” 2006

Tinggalkan komen